Sunday, 29 May 2016

Bagaimana Menjadi Lebih Peka & Tingkatkan Daya Tumpuan (Dalam 5 Cara)


Kadang-kala, otak kita tidak dapat memberikan daya tumpuan dan kepekaan yang anda mahukan. Anda mungkin sedang duduk di dalam bilik perjumpaan dan tidak sabar untuk keluar. Ataupun anda seorang pelajar yang tidak sabar untuk lecture berakhir.
Anda mungkin mudah hilang daya tumpuan dan kepekaan disebabkan oleh perkara-perkara luar. Artikel kali ini adalah untuk mencadangkan anda beberapa cara untuk menjadi lebih peka dalam apa jua situasi.

Cara #1: Tingkatkan Kepekaan Dan Daya Tumpuan Dalam Jangka Masa Singkat

Berikut adalah beberapa langkah yang anda boleh ambil untuk meningkatkan tahap kepekaan dan daya tumpuan dalam jangka masa yang singkat.

1. Minum Secawan Kopi

Tidak dinafikan bahawa pengambilan kopi boleh membantu anda kekal peka dengan keadaan disekeliling. Hal ini kerana kopi mengandungi sejenis bahan yang dikenali sebagai kafein yang boleh meransang otak, lantas meningkatkan daya tumpuan.
Seorang orang mungkin mendapat kesan yang berbeza dengan pengambilan kopi, oleh itu sekiranya anda mengalami sakit perut, pening, rasa mual – berhenti mengambilnya.

2. Banyakkan Minum Air

Kurang air dalam badan (dihidrat) boleh melemahkan badan anda, membuatkan anda menjadi kurang peka. Oleh itu, banyakkan minum air sepanjang hari untuk kekal hidrat.
Kalau nak senang, sebaik sahaja anda berasa lemah badan dan penat, minumlah 1 atau 2 gelas.
Elakkan pengambilan air bergula seperti soda, minuman tenaga dan jus kerana memerlukan tenaga untuk dicerna.

3. Tarik Nafas Panjang-Panjang

Apabila anda menarik nafas, anda boleh merendahkan kadar degupan jantung anda dan kadar tekanan darah – lantas memperbaiki peredaran darah.
Ini akan meningkatkan tenaga dan mental anda, agar menjadi lebih peka. Langkah-langkahnya di bawah:
i. Duduk tegak
ii. Letakkan sebelah tangan di perut, dibawah tulang rusuk
iii. Letak sebelah tangan lagi di atas dada
iv. Tarik nafas dengan hidung
v. Kekalkan dada, elakkan daripada bergerak
vi. Hembuskan nafas melalui mulut.
x. Ulang 10 kali

4. Kekalkan Postur Badan Yang Sihat

Bungkuk dan tidak duduk dengan postur yang betul boleh menjejaskan bagaimana badan anda berfungsi. Ia boleh menyebabkan anda mudah rasa letih, lantas menjadikan anda mudah hilang tumpuan dan kurang peka.
Sekiranya anda duduk, pastikan tulang belakang anda dalam keadaan tegah, mata lihat lurus kehadapan, tangan di atas meja dalam keadaan yang selesa. Cuba elak bungkuk pada meja atau komputer anda.

5. Tidur Sekejap

Sekiranya anda rasa penat sangat, maka adalah terbaik anda mendapatkan rehat dengan mengambil 10 minit untuk tidur.

6. Kunyah Gula-Gula Getah

Masih susah untuk menjadi peka, apa kata anda mencuba mengunyah gula-gula getah pula. Beberapa kajian menyatakan bahawa kaedah ini boleh mengekal individu lebih jaga dan bertenaga.

7. Dengar Lagu

Sekiranya anda berada di rumah atau sedang memandu, dan perlu kekalkan daya tumpuan – apa kata pasang radio dan dengar lagu!
Dengan menyanyi, ia boleh membantu mengawal pernafsan pada masa yang sama memberikan tenaga. Kaedah ini mungkin tidak sesuai dalam situasi tempat kerja.

8. Mandi Dengan Air Sejuk

Mandi dengan air suam boleh menenangkan badan, tapi pada masa yang sama boleh membuatkan anda rasa mengantuk. Untuk mengelak daripada perkara ini berlaku, anda bolehlah mandi dengan air sejuk pula.

Cara #2: Bersenam Untuk Meningkatkan Kepekaan

Selain daripada itu, anda juga boleh melakukan pergerakan (senaman) untuk meningkatkan daya tumpuan anda.

1. Lakukan Senaman Aerobik

Semasa anda bersenam, peredaran darah dan kadar oksigen ke seluruh badan akan meningkat – termasuklah otak – membawa maksud anda akan menjadi lebih peka dengan persekitaran.
Kajian mendapati bahawa senanam aerobik seperti berjalan, berlari, jogging, menganyuh basikal boleh mencegah penyakit kognitif.

2. Luangkan 20 Minit Setiap Hari Di Luar

Luangkan masa sekurang-kurangnya 20 minit setiap hari diluar boleh membantu anda untuk berasa lebih bertenaga dan peka. Lakukan apa-apa kegiatan yang anda mahukan – bersiar-siar, jogging dan sebagainya.

Cara #3: Makan Makanan Yang Boleh Meningkatkan Daya Tumpuan

Mengamalkan pemakanan beberapa jenis makanan boleh membantu anda dalam perkara ini, berikut adalah beberapa cadangan.

1. Pastikan Anda Cukup Makan

Jika anda makan tidak ikut masa, tidak teratur, maka anda akan sukar untuk mengekalkan daya tumpuan. Makan makanan berkhasiat memainkan peranan penting dalam perkara ini.
Makan snek setiap beberapa jam boleh membantu anda mengekalkan kadar tenaga dan memperbaiki mood anda.
Yogurt, kekacang, buah-buahan segar dan biskut boleh dijadikan sebagai snek berkhasiat.

2. Pilihlah Makanan Yang Tinggi Karbohidrat

Makanan yang mengandungi kadar karbohidrat yang tinggi seperti bijirin boleh membekalkan tenaga kepada badan dan otak – menjadikan anda lebih peka.
Elakkan makan biskut (cookie), kek dan makanan yang tinggi kadar gulanya kerana tidak membekalkan tenaga yang berpanjangan.

3. Tingkatkan Pengambilan Antioksida

Makanan yang tinggi kadar antioksida boleh mengurangkan kadar radikal bebas di dalam badan yang boleh menjejaskan daya tumpuan anda. Antara makananya yang disarankan adalah:
  • Strawberi
  • Epal
  • Pisang
  • Sayur-sayuran hijau
  • Kekacang
  • Lobak merah
  • Teh, terutama teh hijau

4. Makan Makanan Tinggi Omega-3

Omega-3 fatty acid boleh membantu otak anda berfungsi dengan lebih baik. Oleh sebab itu, diet yang tinggi pengambilan ikan dan kekacang boleh meningkatkan kapasiti otak – serta menjadikannya lebih peka.

5. Makan Coklat

Sebagai tambahan kepada kafein, coklat mengandungi flavonoid yang boleh meningkatkan kualiti kognitif, menjadikan anda lebih peka (alert).
Sebaiknya, dapatkan coklat hitam kerana mengandungi kadar flavonoid yang lebih berbanding coklat susu. Ambilnya dalam kadar yang berpatutan.

Cara #4: Ubah Gaya Hidup

Gaya hidup anda sangat memberikan kesan kepada tahap tumpuan anda, berikut adalah beberapa cadangan untuk anda mengubahnya.

1. Tidur Yang Mencukupi

Tidak mendapatkan tidur yang mencukupi atau terlebih tidur boleh menyebabkan anda rasa penat dan kurang daya tumpuan pada keesokan harinya. Saranan adalah anda tidur 7-9 jam setiap hari (namun bergantung kepada individu).
Apa yang lebih baik adalah anda tetapkan masa tidur dan masa untuk jaga yang sama setiap hari.

2. Ubah Suhu Bilik

Jika bilik anda terlalu sejuk atau panas, ia boleh menyebabkan anda berasa mengantuk dan tidak selesa, lantas mengganggu daya tumpuan anda. Oleh itu, anda dinasihati agar mengubah suhu bilik mengikut keselesaan, kesesuaian anda.
Sekiranya anda berada di tempat kerja dan tidak mempunyai hak untuk mengubah suhu, maka bawalah baju sejuk sendiri untuk panaskan badan.

3. Biarkan Cahaya Matahari Masuk

Duduk di dalam bilik yang gelap atau terkurung boleh menyebabkan anda rasa mengantuk. Oleh sebab itu, buka langsir dan biarkan cahaya matahari masuk ke tempat kerja anda.
Tidakpun, sekurang-kurangnya bukalah lampu sekiranya tempat berasa gelap.

4. Pertimbangkan Supplement, Herba dan Vitamin

Untuk kekal peka, anda boleh pertimbangkan mengambil supplement yang merangkumi beberapa bahan di bawah:
i. Vitamin B-12
Kekurangan vitamin B-12 boleh menyebabkan masalah ingatan dan kekurangan tenaga. Dos yang disarankan untuk seseorang berumur 14 dan ke atas adalah 2.4 microgram setiap hari. Kebanyakan multivitamin yang terdapat di pasaran sudah mengandungi B-12, oleh itu anda boleh dapatkan mana-mana produk multivitamin, tidak perlulah secara spesifik.
ii. Ginseng
Menurut beberapa kajian, anda boleh memperbaiki mood dan kadar tenaga dengan mengambil ginseng. Tiada dos yang khusus, cuma dapatkan nasihat doktor sekiranya anda ingin bermula mengambil ginseng. Pastikan anda membeli ginseng dari sumber yang bertauliah.
iii. Guarana
Ini adalah satu herba yang tinggi kadar kafein, dipercayai boleh meningkatkan daya tumpuan. Tiada saranan dos. Rujuk dengan doktor anda terlebih dahulu sebelum bermula.

Cara #5: Latih Diri Sendiri Untuk Peka

Akhir sekali, anda perlulah melatih diri sendiri agar boleh menjadi peka.

1. Banyakkan Membaca

Walaupun anda banyak membaca email dan laporan untuk kerja anda, tidak ramai orang yang membaca untuk menambah pengetahuan atau mengisi masa. Membaca boleh melatih anda untuk lebih peka.
Mulakan dengan menetapkan target satu buah buku setiap bulan.

2. Bermain Permainan

Anda boleh melatih minda anda dengan bermain permainan. Carilah permainan seperti board game, catur, puzzle, sudoku dan sebagainya.

3. Latih Diri Untuk Berfikir Dengan Cepat

Dengan berlatih untuk berfikir dan menyelesaikan sesuatu masalah dalam jangka masa yang singkat boleh melatih anda untuk kekal peka dan bersedia.
Berikut adalah beberapa cara yang anda boleh buat:
  • Cepatkan kadar anda membaca (speed reading)
  • Mulakan perbualan dengan isu-isu berat dan serius, seperti politik dan ekonomi
  • Belajar perkara baharu

Kesimpulan

Menjadi lebih peka dengan persekitaran dan mempunyai daya tumpuan yang tinggi bukanlah sesuatu yang mustahil, ia boleh dicapai dengan usaha dan latihan.
Harap artikel ini memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Silalah kongsikan artikel ini agar orang lain turut mendapat manfaat.
Sekiranya anda cadangan berkaitan dengan tajuk ini, janganlah segan meninggalkan komen di bawah.
Sekian~

Minum Air Semasa Makan: Baik Atau Buruk?

minum air semasa makan

Terdapat sesetengah pihak yang menyatakan bahawa minum minuman semasa makan adalah buruk untuk kesihatan dan sistem pencernaan anda.
Manakala, sesetengah pihak lain menambah: ia menyebabkan toksin terkumpul, membawa kepada pelbagai masalah kesihatan yang lain.
Tetapi, bolehkah segelas air mineral memberikan kesan negatif kepada badan, sekiranya diambil dengan makanan?
Ataupun, ia tidak lebih daripada satu mitos?
Dalam artikel ini, kita akan membincangkan sama ada perkara ini, minum air semasa makan, boleh diguna pakai ataupun tidak.

Asas Sistem Pencernaan Yang Sihat

Untuk memahami kenapa air boleh menjejaskan kesihatan, pertama kita perlu tahu bagaimana sistem pencernaan kita berfungsi.
Pencernaan bermula di bahagian mulut, sebaik sahaja anda mula mengunyah makanan. Pergerakan mengunyah akan meransang kelenjar air liru untuk menghasilkan air liur (saliva), yang mengandungi enzim, membantu anda mencerna (break down) makanan.
Air liur akan membantu melembutkan makanan yang kita makan, memudahkannya untuk melalui esophagus dan ke dalam perut.
sistem pencernaan badan
Sumber: Authority Nutrition
Semasa ia di dalam perut, makanan yang dimakan akan bercampur dengan cecair gastrik berasid, yang akan memecahkannya – kemudian menjadi chymeChyme akan pergi ke bahagian pertama dalam usus kecil.
Di dalam usus kecil, chyme akan bercampur dengan enzim pencernaan dari pancreas dan hempedu (bile) dari hati. Cyme akan dicerna lagi, sehingga nutrisinya boleh diserap ke dalam darah.
Kebanyakan nutrisi diserap masuk sebagai chyme, semasa ia melalui usus kecil. Hanya sebahagian kecil nutrisi sahaja yang akan diserap semasa di usus besar.
Sebaik sahaja nutrisi berada dalam saluran darah, ia akan diagihkan kepada beberapa tempat dalam badan. Pencernaan berakhir apabila bahan lebihan dikeluarkan daripada rektum.
Bergantung kepada apa yang anda makan, proses pencernaan ini boleh mengambil masa selama 24 hingga 72 jam.

Adakah Minum Semasa Makan Mendatangkan Masalah?

Tidak dinafikan bahawa pengambilan air yang mencukupi setiap hari sangat penting kepada sistem badan.
Namun, beberapa pihak menyatakan BILA kita minum itu merupakan salah satu perkara yang perlu diambil kira. Bahkan mereka menyatakan bahawa minum semasa makan adalah satu amalan yang tidak sihat.
Di bawah adalah 3 faktor kepada kenapa minum semasa makan boleh mengganggu sistem penghadaman dan pencernaan anda.

Minuman Berasid Boleh Menjejaskan Saliva

Sesetengah orang menyatakan bahawa sekiranya kita minum minuman berasid, ia mudah mengeringkan saliva kita – lantas menyukarkan badan kita untuk mencerna makanan yang dimakan.
Ada betulnya juga. Cuma ia ketara sekiranya tahap asid itu tinggi ataupun pengambilan air itu banyak.
Namun, sekiranya anda minum dalam kadar yang sedikit, ia tidak memberikan kesan yang banyak dalam proses pencernaan.

Air Masak Boleh Kurangkan Keberkesanan Enzim

Kita biasa dengar orang mengatakan bahawa minum air masa semasa makan atau selepas makan boleh [[dilute]] asid perut dan enzim pencernaan. Perkara ini menyukarkan badan untuk mencerma makanan.
Kenyataan ini ingin memberitahu bahawa badan/perut kita tidak boleh sesuaikan kadar penghasilan enzim dengan kadar bendalir di dalam perut – kenyataan ini SALAH.

Air Dan Kadar Penghadaman

Faktor ketiga yang orang katakan tentang perkara ini adalah kehadiran air dalam makanan memudahkannya untuk keluar dari perut. (mudah untuk buang air besar)
Mereka beranggapan bahawa pengurangan jangka masa makanan di dalam perut boleh menyebabkan penghadaman terganggu, tidak sempurna.
Walaupun kita fikir ianya adalah logik, tetapi tiada bukti dan kajian saintifik yang dijalankan untuk membuktikan kenyataan tersebut.
Air memang lebih senang untuk dihadam berbanding makanan, tetapi menjejaskan proses penghadaman satu sama lain.

Minum Air Semasa Makan : Kadang-Kala Boleh Membantu Penghadaman

Bendalir seperti air boleh membantu anda memecahkan makanan yang besar kepada bahagian-bahagian yang kecil, memudahkannya untuk bergerak dari esophagus ke perut.
Pada masa yang sama ia mencegah perut buncit dan sembelit. Lagipun, perut akan mengeluarkn air beserta dengan enzim – ini menunjukkan bahawa kehadiran air membantu enzim tersebut berfungsi dengan lebih optimum.

Air Boleh Mengurangkan Selera dan Pengambilan Kalori

Minum air semasa makan boleh membantu anda mengurangkan pengambilan makanan semasa makan – lantas membantu anda mengurangkan berat badan, sekiranya betul caranya.
Tambahan lagi, dalam satu kajian selama 12 minggu mendapati bahawa peserta yang minum 500ml air sebelum makan mengalami penurunan berat badan 2kg lebih banyak berbanding dengan orang yang tidak.
Kajian lain turut mendapati bahawa dengan minum air, ia boleh meningkatkan kadar metabolisma badan sebanyak 24 kalori untuk setiap 500ml air yang diminum.
Cuma anda perlu faham bahawa air yang dinyatakan adalah merujuk kepada air masak, dan bukannya air bergula atau yang mengandungi kalori.

Sesetengah Orang TIDAK PATUT Minum Air Semasa Makan

Untuk kebanyakan orang, minum air semasa makan tidak memberikan kesan yang negatif kepada sistem pencernaan.
Walaupun begitu, sekiranya anda menghidap penyakit gastroesophageal reflux disease(GERD), maka minum air semasa makan perlulah dielakkan.
Hal ini kerana air/bendalir boleh meningkatkan isi padu di dalam perut, yang mana boleh meningkatkan tekanan dalam perut, sama keadaan dengan pengambilan makanan berlebihan.
Perkara ini boleh membawa kepada asid reflux bagi penghidap GERD.

Kesimpulan – Ia Bergantung Kepada Individu

Apabila mensoalkan perkara sama bolehkah minum air semasa makan, atau mempersoalkan pihak mana yang betul dan yang masa yang salah – semua ini bergantung kepada pilihan individu itu sendiri.
Sekiranya minum air semasa makan boleh memberikan perut anda rasa tidak selesa atau apa-apa kesan, maka elakkan.
Sekiranya tidak, maka anda terpulanglah untuk mengamalkannya ataupun tidak. Cuma artikel ini ingin mendedahkan kepada anda bahawa menurut kajian sains, ia tidak menjejaskan sistem penghadaman.
Harap artikel ini menjawab persoalan anda. Sekiranya anda mendapati artikel ini berinformasi, silalah kongsikan pada rakan-rakan anda di media sosial.
Sekian~

8 Khasiat & Manfaat Lidah Buaya (Aleo Vera) Yang Anda Mungkin Tidak Tahu

khasiat manfaat lidah buaya

Lidah buaya, atau juga dikenali sebagai aloe vera merupakan satu tumbuhan yang sering digunakan dalam pelbagai jenis rawatan – malah sudah diamalkan berkurun lamanya.
Biasanya ia dikenali sebagai perawat masalah kulit, pada masa yang sama boleh merawat masalah kesihatan yang lain.
Artikel kali ini akan menyenaraikan 8 khasiat & manfaat lidah buaya (aloe vera) yang disokong oleh sains.

1. Lidah Buaya Mengandungi Bahan Bioaktif Yang Boleh Meningkatkan Tahap Kesihatan

Lidah buaya adalah tumbuhan yang mempunyai dahan/daun yang tebal, mengandungi banyak air di dalamnya.
Ianya banyak digunakan di dalam produk kecantikan, kosmetik, farmasi dan industri makanan. Dianggarkan bahawa tumbuhan ini menyumbang kepada $13 billion dalam harga pasaran.
Setiap daunnya penuh dengan tisu licin (gel) yang menyimpan air dengan banyak, sehingga bentuknya menjadi tebal. Gel tersebutlah yang digunakan di dalam produk-produk kecantikan.
The gel contains most of the bioactive compounds in the plant, including vitamins, minerals, amino acids and antioxidants.

2. Lidah Buaya Mengandung Antioksida Dan Antibakteria

Antioksida memainkan peranan yang penting kepada kesihatan.
Gel lidah buaya mengandungi kadar antioksida yang kuat, yang tergolong dalam keluargapolyphenol.
Polyphenol ini, serta komponen yang lain di dalam lidah buaya, boleh menghalang pertumbuhan beberapa jenis bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan kepada badan.

3. Lidah Buaya Boleh Mempercepatkan Penyembuhan Kesan Terbakar

Lidah buaya sangat biasa digunakan dalam kaedah rawatan sapu berbanding dengan rawatan makan.
Khasiat lidah buaya ini sudah lama digunakan dalam rawatan kepada kudis, kesan kulit terbakar dan mengelakkan kesan cahaya matahari.
Terdapat kajian yang mendapati bahawa lidah buaya ini boleh merawat kesan kulit terbakar 9 kali lagi cepat berbanding ubat biasa yang terdapat di pasaran.

4. Air Lidah Buaya Boleh Mengurangkan Plak Gigi, Setanding Dengan Mouthwash

Pereputan gigi dan masalah gusi adalah salah satu masalah oral yang biasa dialami.
Antara cara terbaik untuk mencegah daripada perkara ini berlaku adalah dengan mengurangkan perbenyukan plak pada gigi.
Dalam satu kajian ke atas penggunaan mouth rinse yang melibatkan 300 orang yang sihat, mendapati bahawa air dari lidah buaya setanding dengan mouthwash yang lain – hanya dalam 4 hari.
Kajian yang lain turut mengesahkan perkara ini.
Perkara ini berlaku kerana lidah buaya boleh membunuh bakteria penyebab plak gigu, yang dikenali sebagai Streptococcus dan yis Candida albicans.

5. Lidah Buaya Boleh Merawat Ulser Mulut (Pecah Bibir)

Ramai orang yang mengalami ulser mulut – mesti ada punya dalam sepanjang hayat mereka.
Biasanya, ulser mulut ini akan berlaku pada bibir, di dalam mulut dan akan berlanjutan selama 7-10 hari.
Sudah banyak kajian yang mencadangkan bahawa lidah buaya ini boleh dijadikan sabagai satu kaedah rawatan berkesan kepada ulser mulut.
Di dalam satu kajian selama 7 hari ke atas 180 respondan yang kerap mendapat ulser mulut, diarah untuk menyapu sedikit cebisan gel pada ulser tersebut setiap hari.
Walaupun tidak setanding dengan ubat farmasi seperti Bonjela atau produk yang mengandungi cortocosteroids yang lain, tetapu tidak dinafikan bahawa ia boleh dijadikan sebagai satu alternatif yang berkesan.
Dalam kajian yang lain, mendapati bahawa gel dari lidah buaya ini bukan sahaja boleh merawat ulser, malah mengurangkan rasa sakit!

6. Lidah Buaya Boleh Merawat Sembelit

Lidah buaya boleh digunakan untuk merawat sembelit.
Kali ini bukan pada gelnya, tetapi pada latexnya – iaitu sejenis lebihan berwarna kuning yang melekat, dijumpai dibawah kulit daun aloe vera ini.
Salah satu komponen yang bertanggungjawab kepada kesan ini adalan dipanggil aloin atau barbaloin yang boleh bertindak sebagai laxative.
However, some concerns have been raised about safety issues with frequent use. For this reason, Aloe latex has not been available in the US as an over-the-counter medication since 2002.

7. Manfaat Lidah Buaya Untuk Wajah dan Kulit

Terdapat beberapa bukti yang menunjukkan bahawa lidah buaya boleh melambatkan proses penuaan.
Dalam satu kajian ke atas 30 wanita yang berumur atas 45 tahun, sapuan gel lidah buaya yang kerap (90 hari) boleh meningkatkan penghasilan kolagen dan mengembalikan keanjalan kulit.
Kajian yang lain pula mendapati bahawa lidah buaya boleh mengurangkan erythema (kesan merah pada kulit), tetapi pada masa yang sama mendapati bahawa ia boleh dehidrat sel kulit.

8. Lidah Buaya Boleh Mengurangkan Kadar Gula Dalam Darah (Terutama Bagi Pesakit Kencing Manis)

Kadang-kala, lidah buaya turut digunakan sebagai satu rawatan tradisional untuk pesakitkencing manis (diabetes).
Ia dikatakan boleh meningkatkan sensitiviti insulin dan membantu pengawalan gula dalam darah.
Beberapa kajian ke atas manusia dan haiwan yang mempunyai kencing manis tahap 2, mendapati bahawa pengambilan ekstrak lidah buaya boleh memberikan kesan yang positif.

Kesimpulan

Tidak dinafikan bahawa lidah buaya ini mempunyai banyak manfaat dan khasiat, terutama kepada kesihatan dan kecantikan. Sekiranya anda ingin bermula untuk mengamalkan penggunaan produk aloe vera, anda boleh membuat pilihan dari Lazada Malaysia
Harap artikel ini memberikan manfaat kepada anda semua. Silalah kongsikan artikel ini agar orang lain dapat tahu perkara ini juga.
Sekian~

RAM vs ROM : Perbezaan Yang Anda Perlu Tahu



Pada zaman sekarang, semua orang sudah terdedah dengan teknologi, terutama kepada komputer dan telefon pintar (smartphone).
Memandangkan komputer dan smartphone tersebut datang dalam pelbagai jenis dan harga,semestinya ada perbezaan. Hari ini kita akan lihat apakah perbezaan di antara ROM dan RAM.
Kedua-dua istilah tersebut sudah tidak asing lagi bagi anak-anak muda, kebanyakan daripada mereka hanya mengetahui bahawa semakin tinggi ROM dan RAM, semakin baik peranti tersebut. Dan kebanyakan daripada kita tidak tahu apakah perbezaannya.
Artikel kali ini akan membincangkan apakah perbezaan di antara ROM dan RAM.

Perbezaan ROM dan RAM – Sepintas Lalu

Read-only memory, ataupun dikenali sebagai ROM merupakan satu bentuk penyimpanan data di dalam komputer dan peranti elektronik yang lain. Data ini tidak boleh diubah dengan sewenang-wenangnya atau diprogram kembali. Data yang disimpan di dalam ROM adalah bersifat kekal, membawa maksud data tersebut tidak akan hilang walaupun anda sudah matikan/reboot peranti anda.
Manakala, Random-access memory, ataupun RAM merupakan sejenis bentuk penyimpanan data yang boleh diakses pada bila-bila masa sahaja, tidak kira urutan mahupun peranti yang menyimpan data tersebut. RAM bersifat sementara, dan digunakan untuk membantu sistem operasi dengan mengurangkan jangka masa untuk sesuatu maklumat sampai ke prosesor.
RAM diukur dalam megabyte dan kelajuan bacaannya diukur dalam nanosecond. Tambahan lagi, RAM boleh dibaca dengan kadar yang lebih laju berbanding dengan ROM.

Perbezaan RAM dan ROM

i. Definisi
Random Access Memory atau RAM adalah sejenis bentuk penyimpanan data yang boleh diakses pada bila-bila masa, membolehkan prosesor memproses data dengan kadar yang lebih cepat.
Read-only Memory atau ROM pula merujuk kepada bentuk penyimpanan data yang tidak boleh diubah atau diprogram kembali.
ii. Kegunaan
RAM membenarkan komputer manipulasi data dengan kadar yang lebih laju, terutama semasa untuk melancarkan software atau aplikasi. Ia membenarkan reading dan writing.
ROM pula, statik. Ia hanya diperlukan semasa komputer boot dan hanya terhad kepada reading, tidak boleh writing.
iii. Volatility
RAM adalah volatile, membawa maksud data yang disimpan dan digunakan oleh sistem akan hilang sebaik sahaja sistem kita reboot.
ROM non-volatile, membawa maksud semua data yang kita simpan tidak akan hilang walaupun kita reboot.
iv. Jenis-Jenis
RAM mempunyai dua jenis iaitu: RAM statik dan RAM dinamik.
ROM mempuyai tiga jenis iaitu: PROM, EPROM dan EEPROM.
v. Contoh
RAM datang dalam bentuk cip atau kad. Cip terdapat dalam smartphone, manakala kad biasanya untuk komputer dan laptop.
ROM datang dalam jenis penyimpanan kekal seperti hard disk, pendrive, cd-rom, dvd-rom dan sebagainya.

Video Tambahan Tentang RAM vs ROM

Untuk maklumat yang lebih lanjut dan terperinci, sila lihat video penerangan oleh Linus di bawah:

Kesimpulan

Secara ringkas, harap persoalan anda terjawab tentang RAM vs ROM, terutama dari sudut perbezaan dan kegunaan.
Kedua-dua jenis memori ini sangat penting untuk peranti elektronik yang anda guna untuk membawa artikel ini.
Sekiranya anda mendapati artikel ini berinformasi, janganlah segan-segan untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda di media sosial.
Sekian~

Apakah Itu HTTPS (Dan Kenapa Ia Penting)



Hyper Text Transfer Protocol Secure (HTTPS) adalah satu versi HTTP, tetapi jauh lebih selamat. HTTP adalah merujuk kepada satu protokol yang membenarkan anda menghantar dan menerima maklumat dan data di internet. Abjad ‘S’ adalah merujuk kepada Secure atau Selamat.
Ini membawa maksud bahawa semua komunikasi di antara browser anda (Chrome, Firefox, dll) dan website adalah disulitkan (encrypted). Biasanya, protokol ini digunakan oleh laman web yang melibatkan transaksi dalam talian, seperti pembayaran servis, pembelian, perbankan dan sebagainya.
Selain itu, laman web yang melibatkan database pengguna seperti Facebook, Twitter, Google juga sangat digalakkan untuk mempunyai fungsi HTTPS ini.
Browser seperti Edge, Firefox, Chrome dan Opera akan memapaparkan satu ikon mangga berwarna hijau sebelah link url, menunjukkan bahawa laman web tersebut mempunyai HTTPS – maka anda tidak perlu risau akan isu keselamatan siber.
Kebanyakan laman web yang besar sudah bertukar kepada HTTPS ini, termasuklah Google, Facebook, Twitter dan sebagainya.
perbezaan http dengan https
Imej dari: InstantSSL

Bagaimana HTTPS Berfungsi?

Laman HTTPS menggunakan 1 daripada 2 protokol selamat untuk encrypt komunikasi anda – sama ada SSL (Secure Socket Layer) atau TLS (Transport Layer Security).
Kedua-dua protokol TLS dan SSL ini menggunakan sistem Public Key Infrastructure (PKI) yang menggunakan dua kunci (keys) untuk encrypt data, dikenali sebagai ‘public’ key dan ‘private’ key.
Apa sahaja yang di-encypt dengan public key hanya boleh dibaca/dibuka oleh private key, dan sebaliknya.
Seperti namanya, private key sepatutnya sangat selamat hanya boleh diakses oleh seorang pemegang sahaja. Dalam kes laman web, private key tersebut akan disimpan di dalam web server.
Berbeza dengan public key, ia diagihkan kepada semua orang.

Apakah Itu HTTPS/SSL Certificate?

Sebaik sahaja anda menghantar request sambungan HTTPS ke satu laman web, laman web tersebut akan menghantar SSL certificate mereka ke browser anda. Certificate ini akan mengandungi public key, untuk memulakan “sesi selamat” (secure session).
Kemudian, laman web tersebut dan browser anda akan melakukan pemindahan pertama, yang dikenali sebagai ‘SSL handshake’.
SSL handshake akan menghasilkan satu sambungan yang selamat diantara anda dan laman web tersebut.
Apabila SSL Digital Certificate digunakan untuk sambungan HTTPS, pengguna akan dapat lihat bahawa terdapat ikon mangga hijua pada alamat URL dalam browser mereka.
contoh https
Imej dari: InstantSSL

Kenapa SSL Certificate Diperlukan?

Kebanyakan komunikasi yang dihantar melalui sambungan HTTP adalah dalam ‘plain tect’ dan boleh dibaca oleh penggodam – dengan pecah masuk sambungan diantara browser anda dengan laman web.
Perkara ini sangat merbahaya lebih-lebih lagi apabila melibatkan transaksi online, libatkan kad kredit, alamat persendirian dan sebagainya. Dengan menggunakan sambungan HTTPS, semua komunikasi anda adalah disulitkan.
Walaupun sambungan anda dipicah masuk, mereka tidak dapat membaca maklumat tersebut kerana tidak mempunyai private key.

Kebaikan Hypertext Transfer Protocol Secure (HTTPS) Kepada Pengguna

Secara ringkas, berikut adalah beberapa kebaikan penggunaan protokol jenis ini kepada anda, sebagai seorang pengguna internet:
1. Maklumat peribadi, termasuklah nombor kad kredit, alamat rumah, alamat email dan sebagainya dihantar secara selamat di antara browser dan laman web.
2. Pengguna boleh memastikan bahawa sesuatu laman web itu adalah sah dan bukannya satu scam. Sesetengah pendaftaran SSL certificate perlukan butiran syarikat.
3. Pengguna boleh melayari internet dengan lebih selamat.

Video Bantuan

Sekiranya anda sukar untuk memahami konsep ini, tak mengapa kerana ada video yang menerangkannya dengan lebih mudah di bawah.

Kesimpulan

Kesimpulannya, penggunaan HTTPS sudah semakin meluas dalam kalangan laman-laman web di internet, hal ini kerana isu keselamatan di alam maya semakin meruncing.
Apa yang seterusnya adalah pada pengguna itu sendiri. Sekiranya anda ingin melakukan transaksi online atau mendaftar dalam mana-mana laman web, adalah lebih baik anda memilih laman web yang menggunakan HTTPS ini berbanding dengan hanya HTTP.
Harap artikel ini memberikan maklumat bermanfaat kepada anda semua. Silalah kongsikan artikel ini kepada orang lain agar mendapat manfaat yang sama seperti mana anda.
Sekian~

20 Apps Produktiviti Yang Anda Harus Ada!




Kita bawa smartphone bersama kita kemana-mana sahaja, betul? Dengan prosesor yang berkuasa dan capaian 4G, smartphone tidak dinafikan bahawa boleh dijadikan sebagai pembantu peribadi dan alat produktiviti.
Perkara yang sama untuk tablet, terutama yang berskrin besar – sangat berguna untuk orang yang menghasilkan karya. Dari apps mengambil nota hinggalah office suite, kalendar, to-do-list, berikut adalah 20 apps produktiviti pilihan yang anda perlu ada sekiranya mahu bekerja dengan lebih efisien.

Apps Produktiviti Terbaik Untuk Dimiliki

Berikut adalah 20 apps produktiviti yang boleh membantu anda menjalankan kerja/tugasan dengan lebih baik. Ada beberapa apps yang tidak disokong oleh kedua-dua platform (Android,iOS) dan ada juga beberapa yang perlu dibeli.

#1: Word, Excel & Powerpoint (Android, iOS)

Office Suite dari Microsoft telah menjadi standard dan piawai bagi program komputer dalam menghasilkan fail dokumen, membuat persembahan slide dan mengatur data.
Dan versi mobile untuk program tersebut teruskan tradisi tersebut. Microsoft mengeluarkan versi apps untuk Word, Excel dan PowerPoint.
Direka untuk memberikan kesinambungan kepada fail-fail yang dibuat di dalam komputer, tetapi pada masa yang sama memberikan antara muka yang lebih mudah untuk versi apps. Apps ini membenarkan pengguna untuk menyunting fail dokumen, spreadsheets dan slide presentation dengan mudah.
Microsoft juga menyediakan perkhidmatan cloud yang dikenali sebagai OneDrive untuk memudahkan anda berkongsi hasil kerja dengan rakan-rakan. Ia juga membenarkan servis cloud yang lain seperti Drive dan Dropbox.
Untuk mendapatkan semua fungsi yang ditawarkan, anda perlulah melanggan kepada Office 365. Walaupun begitu, menggunakan apps percuma ini pun sudah memadai dan efisien.

#2: WPS Office (Android, iOS)

WPS Office, sebelum ini dikenali sebagai Kingsoft Office adalah alternatif kepada MS Office,pilihan ini juga sangat popular dalam kalangan apps. Sangat sesuai digunakan sekiranya anda lebih sukakan apps semua-dalam-satu seperti ini, dimana ia menggabungkan semua word processing, slideshow dan presentation ke dalam satu apps.
WPS menyokong banyak jenis fail seperti .doc, .ppt, dan .xls. Ia juga mempunyai semua asas-asas untuk membaca, menyunting dan membuat fail baharu. Apa yang menarik dengan apps ini adalah, anda boleh membuat tab untuk fail yang banyak.
Pada masa yang sama, WPS turut menyokong perkhidmatan cloud seperti Google Drive, Dropbox dan sebagainya. Ini memudahkan anda memindah/akses fail tersebut.

#3: Outlook (Android, iOS)

Percayalah, MS Outlook adalah apps email yang terbaik! Ia menggabungkan semua emails, attachment, contact dan kalendar ke dalam satu apps – memudahkan anda untuk akses. Outlook datang dengan perisian analitik yang akan memaparkan apa email yang penting (dari beberapa email) berdasarkan komunikasi anda.

#4: Workflow (iOS) ($2.99)

Workflow adalah apps untuk task automation, yang memudahkan anda membuat sesuatu perkara dalam apps yang lain dengan mudah. Sebagai contoh, anda sering membuat panggilan, dengan menggunakan Workflow ia boleh automate tugasan yang anda buat setiap hari dan boleh dilancarkan dengan satu tap.
Apps ini hanya untuk pengguna iOS dan dikenakan sedikit bayaran di dalam Appstore.

#5: Feedly (Android, iOS)

Feedly adalah salah satu apps produktiviti yang saya suka kerana ia memudahkan anda untuk membaca berita online dengan antara muka yang sangat kemas. Apps ini akan membantu anda mengatur gambar dan teks dari laman web ke dalam bentuk “kad” untuk memudahkan pembacaan.
Pengguna boleh daftar (sign up) untuk mendapat update dari sebarang topik dari pelbagai jenis sumber di internet. Anda juga boleh menambah RSS sekiranya mahu. Artikel boleh disimpan ke dalam apps untuk pembacaan kemudian.

#6: Paper by Fifty Three (iOS)

Paper by Fifty Three bermula dengan hanya sebagai satu apps notebook dan untuk lukisan, tetapi telah berkembang fungsinya termasuklah checklist, gambar annotasi dan apps untuk mengambil nota.
Pengguna boleh membawa bersama semua checklist mereka, nota dan sebagainya ke dalam sistem notebook untuk memudahkan proses menyusun/mengatur. Setelah selesai, anda boleh export notebook tersebut kepada pdf, Keynotw atau Powerpoint untuk digunakan kemudian.

#7: Google Drive (Android, iOS)

Google Drive adalah salah satu apps produktiviti yang sangat penting, terutama bagi orang yang mahu akses fail mereka dimana-mana sahaja tanpa perlu membawa pendrive. Google Drive sangat efisien kerana ia berfungsi tanpa masalah dengan produk-produk Google yang lain.
Pengguna boleh memuat naik dan memuat turun sebarang fail, dan berkongsi dengan rakan kerja dengan mudah.
Apps ini mudah untuk dikonfigurasikan, struktur folder, mudah akses, sokong banyak fail format dan banyak lagi. Mahukan alternatif terbaik untuk Dropbox? Cubalah Google Drive.

#8: Quip (Android, iOS)

Quip adalah apps yang membenarkan pengguna untuk membuat, import dan kongsi dokumen,to-do-list, nota dan banyak lagi.
You can then collaboratively edit them as a group, with a built-in messaging sidebar that allows you to quickly get in touch with your colleagues as well as view their edits. Quip can import documents from a variety of sources such as Dropbox, Drive and Evernote, and export documents to PDF and Office formats.
Anda boleh menyunting dokumen di dalam group, dengan sidebar chat anda boleh berkomunikasi secara terus dengan rakan anda. Quip boleh import dokumen dari pelbagai jenis sumber seperti Dropbox, Drive dan Evernote. Manakala boleh export ke PDF dan format MS Office (.doc, .ppt).

#9: Trello (Android, iOS)

Trello adalah apps yang membolehkan anda membuat senarai to-do-list, senarai tugasan, nota dan sebagainya. Pengguna akan membuat “list” yang dinamik dan perlulah diisi dengan “cards”.
“Cards” ini boleh jadi apa sahaja, termasuklah tugasan, nota, gambar dan sebagainya. Pengguna boleg drag and drop, gerakkan dan banyak lagi. Semua ini boleh dikongsikan dengan pengguna yang lain.

#10: Asana (Android, iOS)

Asana adalah apps produktiviti ke arah mengatur email anda agar lebih relevan dan berguna kepada anda. Ia memudahkan anda untuk menjejak email yang penting. Pada masa yang sama, pengguna Asana boleh membuat projek, mengatur tugasan seseorang, tentukan deadline, komen, dan sebagainya.
Dengan kaedah ini, anda boleh lihat siapa perlu buat apa, periksa apa yang sudah disiapkan, berkongsi idea, komen dan berkomunikasi dengan lebih baik – tidak kiralah anda pengguna Android mahupun iOS.
Anda boleh menggunakan Asana dan membuat projek serta tugasan sehingga 15 orang dalam satu kumpulan. Untuk tambah ahli, perlulah dapatkan plan premium.

#11: LastPass (Android, iOS)

Sekiranya anda mempunyai banyak password dan sering lupa.. maka apps LastPass ini sangat sesuai untuk anda. Lastpass adalah apps yang akan menyimpan semua maklumat login anda (username dan password), generator password dan internet browser – ya semua itu dalam satu apps.
Pengguna boleh sync semua password mereka dan kemudian membenarkan browser LastPass mengisi maklumat tersebut secara automatik sekiranya anda ingin login.
Pada masa yang sama, pengguna juga boleh menghasilkan password yang baharu dengan mudah. Tambahan lagi, apps ini datang dengan Secure Notes, sekiranya anda ingin menyimpan maklumat penting dan mahukan encryptkannya.

#12: Evernote (Android, iOS)

Sekiranya anda pengguna Android atau iOS, anda sudah pasti pernah dengar tentang Evernote – kerana apps produktiviti ini sering berada di dalam top 10 apps dalam Appstore dan Play Store.
Evernote adalah apps nota yang membenarkan pengguna menyunting, berkongsi dan sync dengan semua jenis platform smartphone yang lain. Dengan fungsi yang menarik, Evernote boleh dikira sebagai apps yang terbaik dalam kategori note taking.
Versi percuma membenarkan pengguna untuk memuat naik sehingga 60MB kandungan setiap bulan, manakala pengguna berbayar boleh mendapat lebih (serta features tambahan).

#13: Pocket (Android, iOS)

Pernahkah anda gagal mengatur masa dengan baik kerana terpaksa membaca artikel online, sebaliknya melakukan kerja lain? Sekiranya ya, maka Pocket boleh menyelesaikan masalah anda.
Pocket adalah apps yang membolehkan anda menyimpan laman web ke dalam smartphone/tablet anda supaya ia boleh diakses kemudian tanpa sambungan internet.

#14: OneNote (Android, iOS)

OneNote sudah mendapat banyak penambaikan sejak ia mula dikeluarkan. Apps produktiviti yang ke arah note taking ini menawarkan fungsi cloud-sync. Pada masa yang sama membolehkan pengguna-penguna melakukan suntingan pada satu dokumen yang sama.
OneNote mempunyai kesinambungan dengan OneDrive, membuatkannya apps yang sangat berguna dalam dunia online.

#15: Dropbox (Android, iOS)

Dropbox adalah peneraju cloud storage yang paling berjaya di dunia. Kali ini mereka membawa servis tersebut ke apps untuk Android dan iOS.
Dengan adanya apps ini, ia memudahkan anda untuk memuat naik atau memuat turun semua fail anda yang berada di cloud untuk diakses kembali. Anda boleh menggunakan Dropbox sebagai cloud storage persendirian, atau perkongsian dengan rakan-rakan.

#16: SwiftKey (Android)

Custom keyboard boleh memberikan fungsi yang baik kepada orang yang banyak menaip, bermesej dan menyunting dokumen dalam telefon mahupun tablet mereka. Bagi pengguna Android, mereka beruntung kerana mempunyai apps pihak ketiga yang membolehkan anda menukar layout keyboard anda.
Swiftkey boleh membantu anda menaip mengikut cara anda menaip, bukannya sebaliknya. Pada masa yang sama, anda boleh sync setting anda dengan smartphone yang lain.

#17: Any.do (Android, iOS)

Any.do adalah apps yang baik untuk menghasilkan to-do-list dengan berkesan dan efisien. Selain itu, anda juga boleh membuat reminder, jadual event dan mengambil nota.
Any.do mudah untuk diatur dan mempunyai fungsi notifikasi.

#18: Sunrise (Free; Android, iOS)

Sunrise adalah app kalendar percuma untuk Android dan iOS yang menggabungkan reka bentuk cantik dan fungsi kalendar yang hebat – membolehkan anda mengatur masa dengan lebih berkesan.
Sunrise akan sync dengan akaun Google Calendar dan iCloud.

#19: Fantastical 2 (iOS) ($4.99)

Fantastical adalah apps kalendar yang khusus untuk pengguna iOS sahaja. App kalendar ini membantu anda mengatur dan membuat event. Ia memaparkan event harian, mingguan dan bulanan dalam paparan yang mudah dan cantik.

#20: IF IFTTT (Android, iOS)

IF by IFTTT adalah satu apps produktiviti yang kearah kepada task automation tool yang berkonsepkan If (This), Then (That).
IFTTT akan mengambil sesuatu notifikasi dari apps yang lain, dari situ akan memberikan notifikasi kepada pengguna untuk lakukan sesuatu yang lain. Ia memudahkan anda membuat tugasan anda dengan lebih berkesan.

Kesimpulan

Secara ringkas, terdapat banyak lagi apps produktiviti di luar sana untuk anda cuba. Apa yang disenaraikan di atas adalah berdasarkan reviu dan respond pengguna terhadap betapa jauh sesuatu apps itu membantu mereka meningkatkan kadar produktiviti mereka.
Perlu diingatkan bahawa bukan semua apps di atas adalah untuk kedua-dua peranti Os, dan bukannya semua percuma. Tetapi apa yang pasti anda akan dapat manfaat yang lebih banyak sekiranya membelinya.
Harap artikel ini membantu, sila kongsikan dengan rakan-rakan agar mereka pun dapat bekerja dengan lebih efisien dan produktif.
Sekian~